Thursday, September 30, 2010

Rahsia Cemerlang Dalam Peperiksaan dan Kehidupan



'Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang sering pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran'. Surah Al- Ash: Ayat 1-3.

Allah s.w.t telah bersumpah bahawa sesiapa sahaja yang gagal mengguna dan menguruskan masa dengan baik akan tergolong bersama mereka yang kerugian. Persoalannya kenapa masih ramai di kalangan pelajar yang masih gagal menguruskan masa dengan baik?
Pelajar saya selalu menggunakan alasan tidak cukup masa untuk mengelak dari dimarahi apabila gagal menyiapkan kerja rumah. Alasan yang cukup popular dikalangan mereka, walaupun selalu sahaja 'kantoi'. 24 jam adalah masa yang diperuntukkan kepada kita menguruskan segala urusan dalam sehari.( banyak tuuu)Tetapi masih ramai yang memilih untuk menyalahkan masa disebabkan gagal menyiapkan sesuatu urusan. Sungguh tidak adil...
Tapi... bagaimana ya??? Itulah persoalan yang selalu diutarakan oleh mereka yang gagal mengguruskan masa dengan baik. Jawapan saya senang sahaja. Setiap orang mampu menjadi cemerlang dan terbilang apabila bijak menguruskan masa dengan baik. Bagaimana??? Jawapan saya.... Rancang lah.....

No comments:

Post a Comment

Our Events