VVR Admins/JL

Assalamualaikum w.b.r.


Pengenalan

Secara umumnya, Vivid Vision Resources ini di terajui oleh 3 orang Pentadbir/Moderator/Jurulatih :

1. Mejar (KRS) Amrimi Othman
2. Leftenan (RAW) Raziwafa Che Wan
3. Tuan Mohammad Bokhori

Mejar (KRS) Amrimi Othman dan Lt (RAW) Raziwafa Che Wan juga merupakan bekas Jurulatih Kadet Remaja Sekolah Negeri Kedah atau di antara barisan awal jurulatih KRS ketika KRS mula aktif di Kedah pada tahun 1998. Manakala Tuan Mohammad Bokhori adalah Jurulatih Pusat Latihan Ko-Kurikulum Negeri Kedah dan masih aktif.

Di atas semangat kejurulatihan dalam memupuk dan membentuk sikap dan sahsiah pelajar (modal insan) serta pengalaman-pengalaman kejayaan program dan latihan yang dikendalikan sejak lebih dari 10 tahun yang lalu, samada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan, VVR ditubuhkan dengan beberapa siri program dan modul latihan yang dikemaskinikan secara lebih terperinci dan terancang.


Hasrat & Cita-cita

Melihat anak-didik menjadi manusia yang berguna, berada di landasan yang betul dengan sikap dan sahsiah yang cemerlang serta berjati diri hasil dari latihan & bimbingan melalui program & aktiviti 'outdoor' terancang yang pernah dikendalikan merupakan satu kepuasan yang tidak ternilai.

Adalah diharapkan agar VVR dapat menyediakan peluang pembelajaran & latihan melalui aktiviti-aktiviti luar serta program-program bina diri khusus kepada sesiapa sahaja; pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi (remaja dan belia), kumpulan individu penggerak organisasi samada sektor swasta mahupun kerajaan dan sebagainya untuk membina kekuatan diri dari segi mental, fizikal dan rohani, membina kekuatan organisasi dengan merungkai masalah atau krisis dalaman seterusnya mewujudkan semangat kerjasama dari hati yang ikhlas(team-building)dan sebagainya.

"Apa yang penting"..., matlamat mencapai kecemerlangan dan perjalanan hidup yang lebih sejahtera dan bahagia, sebagai individu, institusi keluarga dan rakan kerja serta anggota masyarakat dapat dicapai seterusnya bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan generasi yang akan datang.


keyman-vvr copy


From Top Left :
Mohd Bokhori | Amrimi | Raziwafa
Shahrul | Shazzwan | Nizat
Hanim | Rodzi | Siti
Yusri | Majidee | Mael Yan

Our Events