Saturday, October 2, 2010

Puji-pujian.... Santapan rohani.





Mengikut kajian saintis dari barat setiap manusia memerlukan 15 pujian dalam sehari. Pujian-pujian ini mampu menjadikan manusia kekal bahagia, gembira, tenang malah mampu mengekalkan awet muda!!
Ada betulnya kajian ini kerana kita jarang mendapat pujian dari orang lain malah apa yang amat dikesalkan kita juga jarang memuji orang lain. Kenapa ? Adakah dengan memuji dan mengeluarkan kata-kata indah kepada orang lain memerlukan modal yang besar? Sesen pun tidak!! Kenapa? Hal ini berkaitan dengan penyakit hati yang sukar diubati. Kebanyakan manusia mempunyai perasaan iri hati dan tidak sanggup melihat orang lain lebih berjaya.
Perlu diingatkan, jika kita sentiasa berdamping dengan orang-orang yang berjaya dan bahagia tanpa kita sedari sebenarnya kita telah memilih kebahagian dalam hidup kita.

Pujian sebenarnya merupakan keperluan dalam kehidupan(keperluan jiwa). Dalam Islam, penghargaan dan sanjungan dalam batas-batas yang wajar merupakan satu keperluan manusia seperti juga perlunya pada makan dan minum.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, beliau sering kali memuji dan memberi sanjungan kepada sahabat-sahabatnya. Beliau sering kali mengucapkan kata-kata pujian bagi memperkuatkan ukhwah sesama mereka. Kegembiraan yang lahir dari tindakan ini menjadi nadi dan pengggerak bagi menyediakan, menjadikan mereka bertambah kuat keimanan mereka seterusnya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sebagai contoh, Nabi s.a.w telah memuji Utsman dengan perkataan " Aku berasa malu kepada Utsman bin Affan. Malaikat juga malu padanya". Pujian ini bersesuaian sekali dengan sikap dan keperibadiannya yang pemalu, baik kepada manusia lain, apa lagi kepada Allah.

Our Events