Thursday, September 30, 2010

Rahsia Cemerlang Dalam Peperiksaan dan Kehidupan



'Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang sering pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran'. Surah Al- Ash: Ayat 1-3.

Allah s.w.t telah bersumpah bahawa sesiapa sahaja yang gagal mengguna dan menguruskan masa dengan baik akan tergolong bersama mereka yang kerugian. Persoalannya kenapa masih ramai di kalangan pelajar yang masih gagal menguruskan masa dengan baik?
Pelajar saya selalu menggunakan alasan tidak cukup masa untuk mengelak dari dimarahi apabila gagal menyiapkan kerja rumah. Alasan yang cukup popular dikalangan mereka, walaupun selalu sahaja 'kantoi'. 24 jam adalah masa yang diperuntukkan kepada kita menguruskan segala urusan dalam sehari.( banyak tuuu)Tetapi masih ramai yang memilih untuk menyalahkan masa disebabkan gagal menyiapkan sesuatu urusan. Sungguh tidak adil...
Tapi... bagaimana ya??? Itulah persoalan yang selalu diutarakan oleh mereka yang gagal mengguruskan masa dengan baik. Jawapan saya senang sahaja. Setiap orang mampu menjadi cemerlang dan terbilang apabila bijak menguruskan masa dengan baik. Bagaimana??? Jawapan saya.... Rancang lah.....

Tuesday, September 21, 2010

PELUANG MENCIPTA KEJAYAAN DAN MENJADI CEMERLANG



Mencapai kejayaan bukanlah sekadar niat di hati tetapi langsung tidak pernah berusaha. Jika pun anda berusaha sedaya mungkin tetapi anda masih lagi sukar untuk menghampirinya. Kenapa ye ? Dalam mengejar kejayaan ada banyak halangan dan rintangan yang terpaksa anda tempuhi. Jika hari ini, anda mengambil keputusan untuk berhenti berusaha , sudah pasti anda telah membuat satu sejarah/kesilapan yang amat besar pada diri sendiri. Siapa tahu mungkin esok anda beroleh kejayaan, mungkin lusa, atau bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jangan berhenti berusaha!!!
Kami menawarkan satu program yang hebat bagi membantu anda untuk merealisasikan impian anda, ibu anda, ayah anda, guru anda atau sesiapa sahaja yang menaruh harapan kepada anda.
Pengisian program yang hebat, pakar yang hebat digembelingkan. Konsep kami senang sahaja. Kami cuba membawa anda keluar dari kebiasaan. Kami menyediakan satu program yang dijamin anda akan teruja, seronok, bahagia dan sentiasa berada dalam kondusi yang nyaman dan bahagia. Mahu tak jika program yang seronok ini membantu anda untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan hidup anda?
Saya pasti anda pasti teruja. Oleh itu, jangan berlengah lagi tempahlah tempat anda dalam Program SMART Hijrah VVR sekarang!!!

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

PENGURUSAN VIVID VISION RESOURCES MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPASA SEMUA STAFF VVR DAN PELANGGAN VVR YANG DIMULIAKAN.

Our Events