Friday, July 16, 2010

Kem Bina Insan & Motivasi Diri 29/07/2010

Kem Bina Insan & Motivasi diri yang dijadualkan pada 29 hingga 31 Julai 2010 telah ditunda ke 5 - 7 Ogos 2010 disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.

jumlah peserta Kem terkini adalah seramai 51 orang.

Penyertaan masih terbuka untuk para pelajar (ting 2 - ting 6) menyertai Kem ini. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 80 orang 'PIONEER' bagi projek BINA INSAN ini di mana mereka ini bakal menjadi contoh kepada rakan terdekat untuk mengalami sendiri pembelajaran melalui aktiviti luar (outdoor education) yang lebih menumpukan kepada pembinaan mental, rohani dan jasmani secara menyeluruh agar mencapai suatu tahap kematangan yang lebih awal...



JOIN US NOW!

Apa yang anda boleh dapat dengan menyertai kem ini:

Kem ini merupakan suatu perkhemahan bagi mendedahkan anda untuk mengalami suasana berada di hutan jauh dari kesibukan dan kemudahan biasa. Namun begitu, apa yang menarik ialah - anda akan bersama-sama dengan kawan-kawan baru dari sekolah/daerah lain yang anda belum pernah kenali.

Anda akan mengalami sendiri suasana pada waktu malam di dalam hutan dan mengikuti program mengisi masa lapang yang bakal memberi pengetahuan baru untuk difikirkan bersama serta diaplikasi dalam kehidupan anda seharian...

Anda juga akan berpeluang meneroka ke dalam diri dan minda anda untuk lebih memahami siapa anda sebagai seorang manusia secara umum, melalui bantuan jurulatih berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar dan pendidikan. Insya-Allah...

Walaubagaimana, anda sebagai peserta akan bakal melalui suatu perubahan kepada paradigm kehidupan sebenar sehingga anda mampu melalui kehidupan anda bermula dengan kehidupan sebagai remaja!

Puncak aktiviti kepada perkhemahan ini adalah:

1. Pendakian/ Trekking ke Air Terjun Puteri Mandi (yang boleh dilihat ketika berada di jalan Yan).
2. Berkelah : iaitu menyediakan makan tengahari menggunakan 'mess-tin', menyediakan dapur kayu api serta menyalakan api untuk memasak... :)

3. mandi-manda di air terjun Puteri Mandi!!!

Aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat KERJASAMA serta KEMAHIRAN KEPIMPINAN yang sedia ada dalam diri kita...



YURAN PENGURUSAN & LATIHAN :
OFFER PIONEERSHIP!! RM85.00 SAHAJA UNTUK 3 HARI 2 MALAM


DISKAUN 25%:

Sekiranya anda mendaftar secara berkumpulan (8 orang per kumpulan), anda boleh membayar sejumlah RM65 sahaja!

BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR PENYERTAAN


Sila e-mail ke http://www.blogger.com/mailto%20:vividvisionresources.info@gmail.com dengan menulis Perkara : DAFTAR KEM BINA INSAN & MOTIVASI DIRI.

Berikan maklumat-maklumat berikut :
1. NAMA PENUH
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NAMA PENUH BAPA/IBU/PENJAGA
4. PEKERJAAN BAPA & IBU
5. NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBINGI
6. ALAMAT PENUH RUMAH & SEKOLAH DI MANA ANDA BELAJAR SEKARANG...

Sekiranya anda mendaftar secara kumpulan (8 orang atau lebih), maklumat seperti di atas untuk kesemua ahli kumpulan anda hendaklah disertakan di dalam e-mail tersebut.


PEMBAYARAN :

Sila buat pembayaran 50% dari amaun penuh, bagi menunjukkan komitmen anda untuk cemerlang! Bayaran boleh dibuat dengan cara membuat 'Transfer' Akaun ke akaun Maybank berikut : 102120035387 (AMRIMI BIN OTHMAN) Pengurus Kewangan Vivid Vision Resources.

Baki 50% daripada amaun penuh boleh dibayar sewaktu pendaftaran di D'Yan chalet!!!!
pada 5 hb Ogos 2010, jam 4.00 - 5.00 petang...


WALK-IN:
Anda juga boleh menyertai kami dengan datang ke D'Yan Chalet dan mendafter diri untuk menyertai perkhemahan ini pada 5hb tersebut. Namun begitu, kemungkinan besar, anda tidak disediakan khemah & bahan kursus. Oleh yang demikian, anda bolehlah membawa sendiri khemah untuk menyertai kem ini secara WALK-IN.






PERHATIAN:

SURAT KEBENARAN WARIS AKAN DIKIRIMKAN KEPADA ANDA UNTUK DITANDATANGANI OLEH IBU BAPA/PENJAGA....

Our Events