Berbicara berkaitan impian, Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia, kejayaan, kekayaan, kecemerlangan dan segala yang indah dalam hidup. Setiap saat bermain di fikiran membutuhkan (meminjam perkataan Indonesia) sesuatu yang baik untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Betul??? Jika jawapan anda tidak, ada dua kemungkinan... pertama kerana anda memang dah mencapai semua di atas. Syukur Alhamdulillah. Kedua kerana anda mungkin masih mencari mencari-cari.... cari apa??? carilah sendiri!!!
Jika jawapan anda ya!!!! Anda sebenarnya mempunyai peluang yang sangat luas di depan anda. Dalam mencari dan berusaha mencari peluang anda mungkin gagal, tetapi kegagalan itulah sebenarnya kejayaan yang tidak anda sedari. Senang sahaja.... 'positif thinking'. Mana mungkin orang yang sentiasa berfikir tentang kegagalan akan berjaya.(mungkin dia berjaya menghimpun segala kegagalan. kesian....)Jangan putus asa!!! istiqamah....
Sebenarnya banyak rahsia yang perlu diteroka. Saya pernah mendengar orang yang telah berjaya berkata, jika nak berjaya berdampinglah dengan orang yang berjaya dan memang orang itu mempunyai niat nak tolong kita. Niat kita bagaimana?
Sekecil-kecil usaha untuk berjaya ialah memasang impian untuk berjaya. Kerana impian akan menjadi suntikan semangat untuk kita mengotakan impian kita. Pernahkah suatu masa dulu anda memasang impian untuk memiliki kereta dan sekarang anda telah pun memilikinya. Kenapa??? Jawapannya senang sahaja, kerana anda telah berusaha untuk mengotakan impian anda. Nah!!!!! terbuktikan?
No comments:
Post a Comment