Saturday, October 2, 2010
Puji-pujian.... Santapan rohani.
Mengikut kajian saintis dari barat setiap manusia memerlukan 15 pujian dalam sehari. Pujian-pujian ini mampu menjadikan manusia kekal bahagia, gembira, tenang malah mampu mengekalkan awet muda!!
Ada betulnya kajian ini kerana kita jarang mendapat pujian dari orang lain malah apa yang amat dikesalkan kita juga jarang memuji orang lain. Kenapa ? Adakah dengan memuji dan mengeluarkan kata-kata indah kepada orang lain memerlukan modal yang besar? Sesen pun tidak!! Kenapa? Hal ini berkaitan dengan penyakit hati yang sukar diubati. Kebanyakan manusia mempunyai perasaan iri hati dan tidak sanggup melihat orang lain lebih berjaya.
Perlu diingatkan, jika kita sentiasa berdamping dengan orang-orang yang berjaya dan bahagia tanpa kita sedari sebenarnya kita telah memilih kebahagian dalam hidup kita.
Pujian sebenarnya merupakan keperluan dalam kehidupan(keperluan jiwa). Dalam Islam, penghargaan dan sanjungan dalam batas-batas yang wajar merupakan satu keperluan manusia seperti juga perlunya pada makan dan minum.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, beliau sering kali memuji dan memberi sanjungan kepada sahabat-sahabatnya. Beliau sering kali mengucapkan kata-kata pujian bagi memperkuatkan ukhwah sesama mereka. Kegembiraan yang lahir dari tindakan ini menjadi nadi dan pengggerak bagi menyediakan, menjadikan mereka bertambah kuat keimanan mereka seterusnya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sebagai contoh, Nabi s.a.w telah memuji Utsman dengan perkataan " Aku berasa malu kepada Utsman bin Affan. Malaikat juga malu padanya". Pujian ini bersesuaian sekali dengan sikap dan keperibadiannya yang pemalu, baik kepada manusia lain, apa lagi kepada Allah.
Thursday, September 30, 2010
Rahsia Cemerlang Dalam Peperiksaan dan Kehidupan
'Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang sering pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran'. Surah Al- Ash: Ayat 1-3.
Allah s.w.t telah bersumpah bahawa sesiapa sahaja yang gagal mengguna dan menguruskan masa dengan baik akan tergolong bersama mereka yang kerugian. Persoalannya kenapa masih ramai di kalangan pelajar yang masih gagal menguruskan masa dengan baik?
Pelajar saya selalu menggunakan alasan tidak cukup masa untuk mengelak dari dimarahi apabila gagal menyiapkan kerja rumah. Alasan yang cukup popular dikalangan mereka, walaupun selalu sahaja 'kantoi'. 24 jam adalah masa yang diperuntukkan kepada kita menguruskan segala urusan dalam sehari.( banyak tuuu)Tetapi masih ramai yang memilih untuk menyalahkan masa disebabkan gagal menyiapkan sesuatu urusan. Sungguh tidak adil...
Tapi... bagaimana ya??? Itulah persoalan yang selalu diutarakan oleh mereka yang gagal mengguruskan masa dengan baik. Jawapan saya senang sahaja. Setiap orang mampu menjadi cemerlang dan terbilang apabila bijak menguruskan masa dengan baik. Bagaimana??? Jawapan saya.... Rancang lah.....
Tuesday, September 21, 2010
PELUANG MENCIPTA KEJAYAAN DAN MENJADI CEMERLANG
Mencapai kejayaan bukanlah sekadar niat di hati tetapi langsung tidak pernah berusaha. Jika pun anda berusaha sedaya mungkin tetapi anda masih lagi sukar untuk menghampirinya. Kenapa ye ? Dalam mengejar kejayaan ada banyak halangan dan rintangan yang terpaksa anda tempuhi. Jika hari ini, anda mengambil keputusan untuk berhenti berusaha , sudah pasti anda telah membuat satu sejarah/kesilapan yang amat besar pada diri sendiri. Siapa tahu mungkin esok anda beroleh kejayaan, mungkin lusa, atau bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jangan berhenti berusaha!!!
Kami menawarkan satu program yang hebat bagi membantu anda untuk merealisasikan impian anda, ibu anda, ayah anda, guru anda atau sesiapa sahaja yang menaruh harapan kepada anda.
Pengisian program yang hebat, pakar yang hebat digembelingkan. Konsep kami senang sahaja. Kami cuba membawa anda keluar dari kebiasaan. Kami menyediakan satu program yang dijamin anda akan teruja, seronok, bahagia dan sentiasa berada dalam kondusi yang nyaman dan bahagia. Mahu tak jika program yang seronok ini membantu anda untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan hidup anda?
Saya pasti anda pasti teruja. Oleh itu, jangan berlengah lagi tempahlah tempat anda dalam Program SMART Hijrah VVR sekarang!!!
Tuesday, September 7, 2010
SELAMAT HARI RAYA
PENGURUSAN VIVID VISION RESOURCES MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPASA SEMUA STAFF VVR DAN PELANGGAN VVR YANG DIMULIAKAN.
Saturday, August 28, 2010
Program SMART Hijrah VVR (PSH)
Program ini merupakan satu program sokongan kepada semua ibubapa dan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2011. Program ini membantu ibubapa dan pelajar dalam mempersiap siaga dari aspek kebersediaan untuk menghadapi peperiksaan pada tahun 2011 nanti.
Program ini bukan lah berbentuk kelas bimbingan atau tuition seperti mana biasa. Program ini akan membimbing pelajar dari segi kebersediaan untuk berjaya selama setahun sehingga pelajar menduduki peperiksaan nanti. Menarik kan???Sepanjang setahun peserta akan dibimbing dengan pelbagai kursus dan motivasi. Selalunya pelajar menghadiri kursus motivasi selama 3 hari 2 malam dan apabila selesai mereka akan pulang dengan semangat yang berkobar-kobar. Tetapi persoalannya selama mana semangat itu mampu bertahan? 2 hari? 3 hari? paling lama pun seminggu. Selepas itu mereka akan kembali kepada keadaan asal kerana mereka terpaksa berhadapan dengan persekitaran yang sama seperti dahulu. Persekitaran tidak berubah!!!
Dengan program PSH ini peserta sentiasa dipantau dari masa ke masa sehingga mereka cukup bersedia untuk berhadapan dengan apa jua rintangan kerana mereka telah bersedia setelah mengikuti program ini. Mari kita lihat secara kasar apa yang PSH boleh membantu anda :
Bulan Disember 2010 : Peserta wajib mengikuti Kursus Bersedia Untuk Berhijrah.
-Dalam kursus ini peserta akan diubah supaya berubah dengan sendiri tanpa ada sebarang paksaan. Peserta juga akan diberi peluang untuk mengenali potensi dan kelemahan diri. Peserta juga akan diformat menjadi sebuah keluarga besar dan kecil. Kerana kami percaya keluarga yang baik dan cemerlang ialah kerana ahli keluarganya terdiri dari mereka yang terbaik dan cemerlang. Peserta akan 'disuntik' dengan satu semangat agar mampu berhadapan dengan perubahan dan rintangan.
Bulan Januari 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Bulan Februari 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Bulan Mac 2011 Peserta wajib mengikuti Kursus Kemahiran Belajar selama 2 hari 1 malam
- Dalam kursus ini para peserta akan diberi kursus berkaitan dengan teknik dan kemahiran belajar.
Bulan April 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Bulan Mei 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Bulan Jun 2011 Peserta wajib mengikuti Kursus Teknik Menjawab Soalan selama 1 hari 1 malam
Bulan Julai 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Bulan Ogos 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Peserta UPSR akan mengikuti Kursus Suntikan Akhir selama 1 hari sebelum menduduki peperiksaan
Bulan September 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Peserta PMR akan mengikuti Kursus Suntikan Akhir selama 1 hari sebelum menduduki peperiksaan
Bulan Oktober 2011 Pemantauan Berterusan VVR
Peserta dan ibubapa akan dihubungi oleh VVR untuk proses ‘maintenance’.
Peserta PMR akan mengikuti Kursus Suntikan Akhir selama 1 hari sebelum menduduki peperiksaan
Setelah mengikuti sepenuhnya program ini kami yakin dengan izin Allah s.w.t tidak ada sebab untuk anda gagal kerana yang pasti anda tidak dapat mengelak untuk berjaya!!! Oleh itu, anda terpaksa menerima kejayaan yang pasti datang menghampiri anda.
Cepat!!! anda boleh mendaftarkan anak-anak anda sekarang dengan menghubungi kami atau membuat temu janji bagi mendapatkan info yang lebih jelas.
Tuesday, August 10, 2010
Sunday, August 8, 2010
A Trip To Air Terjun Puteri Mandi, Gunung Jerai
This trip is a part of Kem Bina Insan & Motivasi Diri VVR 2010 which was held on 5th - 7th August 2010 at Titi Hayun (D'Yan Chalet) handled by Vivid Vision Resources Training & Consultancy.
The trip or trekking up to Air Terjun Puteri Mandi took 3 hours (slow trekking) due to an involvement of a large number of participants (48 camp perticipants, 8 trainers & facilitators).
It was quite tough since 75% of the trekking involved a steep climbing. Sometimes, we have to climb both on hands and legs... :)
Eventough th trip was quite tough, but it was really fun... I was sitting on a big rock at the bottom of the waterfall which is about 80-100 meters from where the waterfall reach the bottom... wooowww!!!
Hmm... one of the puteri who was on the way to 'mandi' at the Puteri Mandi waterfall, complete with a towel in her hand...ha10X
The participants of 'Kem Bina Insan & Motivasi Diri VVR 2010" enjoyed the cool water at the bottom of the Puteri Mandi waterfall.
Saturday, July 24, 2010
Friday, July 16, 2010
Kem Bina Insan & Motivasi Diri 29/07/2010
Kem Bina Insan & Motivasi diri yang dijadualkan pada 29 hingga 31 Julai 2010 telah ditunda ke 5 - 7 Ogos 2010 disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.
jumlah peserta Kem terkini adalah seramai 51 orang.
Penyertaan masih terbuka untuk para pelajar (ting 2 - ting 6) menyertai Kem ini. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 80 orang 'PIONEER' bagi projek BINA INSAN ini di mana mereka ini bakal menjadi contoh kepada rakan terdekat untuk mengalami sendiri pembelajaran melalui aktiviti luar (outdoor education) yang lebih menumpukan kepada pembinaan mental, rohani dan jasmani secara menyeluruh agar mencapai suatu tahap kematangan yang lebih awal...
JOIN US NOW!
Apa yang anda boleh dapat dengan menyertai kem ini:
Kem ini merupakan suatu perkhemahan bagi mendedahkan anda untuk mengalami suasana berada di hutan jauh dari kesibukan dan kemudahan biasa. Namun begitu, apa yang menarik ialah - anda akan bersama-sama dengan kawan-kawan baru dari sekolah/daerah lain yang anda belum pernah kenali.
Anda akan mengalami sendiri suasana pada waktu malam di dalam hutan dan mengikuti program mengisi masa lapang yang bakal memberi pengetahuan baru untuk difikirkan bersama serta diaplikasi dalam kehidupan anda seharian...
Anda juga akan berpeluang meneroka ke dalam diri dan minda anda untuk lebih memahami siapa anda sebagai seorang manusia secara umum, melalui bantuan jurulatih berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar dan pendidikan. Insya-Allah...
Walaubagaimana, anda sebagai peserta akan bakal melalui suatu perubahan kepada paradigm kehidupan sebenar sehingga anda mampu melalui kehidupan anda bermula dengan kehidupan sebagai remaja!
Puncak aktiviti kepada perkhemahan ini adalah:
1. Pendakian/ Trekking ke Air Terjun Puteri Mandi (yang boleh dilihat ketika berada di jalan Yan).
2. Berkelah : iaitu menyediakan makan tengahari menggunakan 'mess-tin', menyediakan dapur kayu api serta menyalakan api untuk memasak... :)
3. mandi-manda di air terjun Puteri Mandi!!!
Aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat KERJASAMA serta KEMAHIRAN KEPIMPINAN yang sedia ada dalam diri kita...
YURAN PENGURUSAN & LATIHAN :
OFFER PIONEERSHIP!! RM85.00 SAHAJA UNTUK 3 HARI 2 MALAM
DISKAUN 25%:
Sekiranya anda mendaftar secara berkumpulan (8 orang per kumpulan), anda boleh membayar sejumlah RM65 sahaja!
BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR PENYERTAAN
Sila e-mail ke http://www.blogger.com/mailto%20:vividvisionresources.info@gmail.com dengan menulis Perkara : DAFTAR KEM BINA INSAN & MOTIVASI DIRI.
Berikan maklumat-maklumat berikut :
1. NAMA PENUH
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NAMA PENUH BAPA/IBU/PENJAGA
4. PEKERJAAN BAPA & IBU
5. NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBINGI
6. ALAMAT PENUH RUMAH & SEKOLAH DI MANA ANDA BELAJAR SEKARANG...
Sekiranya anda mendaftar secara kumpulan (8 orang atau lebih), maklumat seperti di atas untuk kesemua ahli kumpulan anda hendaklah disertakan di dalam e-mail tersebut.
PEMBAYARAN :
Sila buat pembayaran 50% dari amaun penuh, bagi menunjukkan komitmen anda untuk cemerlang! Bayaran boleh dibuat dengan cara membuat 'Transfer' Akaun ke akaun Maybank berikut : 102120035387 (AMRIMI BIN OTHMAN) Pengurus Kewangan Vivid Vision Resources.
Baki 50% daripada amaun penuh boleh dibayar sewaktu pendaftaran di D'Yan chalet!!!!
pada 5 hb Ogos 2010, jam 4.00 - 5.00 petang...
WALK-IN:
Anda juga boleh menyertai kami dengan datang ke D'Yan Chalet dan mendafter diri untuk menyertai perkhemahan ini pada 5hb tersebut. Namun begitu, kemungkinan besar, anda tidak disediakan khemah & bahan kursus. Oleh yang demikian, anda bolehlah membawa sendiri khemah untuk menyertai kem ini secara WALK-IN.
PERHATIAN:
SURAT KEBENARAN WARIS AKAN DIKIRIMKAN KEPADA ANDA UNTUK DITANDATANGANI OLEH IBU BAPA/PENJAGA....

Thursday, June 24, 2010
boleh ke aku???
Berbicara berkaitan impian, Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia, kejayaan, kekayaan, kecemerlangan dan segala yang indah dalam hidup. Setiap saat bermain di fikiran membutuhkan (meminjam perkataan Indonesia) sesuatu yang baik untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Betul??? Jika jawapan anda tidak, ada dua kemungkinan... pertama kerana anda memang dah mencapai semua di atas. Syukur Alhamdulillah. Kedua kerana anda mungkin masih mencari mencari-cari.... cari apa??? carilah sendiri!!!
Jika jawapan anda ya!!!! Anda sebenarnya mempunyai peluang yang sangat luas di depan anda. Dalam mencari dan berusaha mencari peluang anda mungkin gagal, tetapi kegagalan itulah sebenarnya kejayaan yang tidak anda sedari. Senang sahaja.... 'positif thinking'. Mana mungkin orang yang sentiasa berfikir tentang kegagalan akan berjaya.(mungkin dia berjaya menghimpun segala kegagalan. kesian....)Jangan putus asa!!! istiqamah....
Sebenarnya banyak rahsia yang perlu diteroka. Saya pernah mendengar orang yang telah berjaya berkata, jika nak berjaya berdampinglah dengan orang yang berjaya dan memang orang itu mempunyai niat nak tolong kita. Niat kita bagaimana?
Sekecil-kecil usaha untuk berjaya ialah memasang impian untuk berjaya. Kerana impian akan menjadi suntikan semangat untuk kita mengotakan impian kita. Pernahkah suatu masa dulu anda memasang impian untuk memiliki kereta dan sekarang anda telah pun memilikinya. Kenapa??? Jawapannya senang sahaja, kerana anda telah berusaha untuk mengotakan impian anda. Nah!!!!! terbuktikan?

COMING SOON!! Jom Snorkling... Taman Laut Pulau Payar
Suggested Date of Event : OCTOBER (Exact date will be announced later...
Description:
A one day event (Saturday)
Fee:
RM100 ONLY : All included!
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)